in

China patut bantu WHO kesan asal usul COVID-19

Gambar oleh Reuters

GENEVA, 18 September – Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa Beijing menawarkan lebih banyak maklumat mengenai asal usul COVID-19 dan bersedia menghantar pasukan kedua bagi menyiasat perkara itu, lapor Financial Times hari ini.

“Kami mendesak China untuk memberikan akses penuh dan meminta negara lain membangkitkannya ketika mesyuarat dua hala mereka untuk menggesa Beijing bekerjasama,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus kepada akhbar itu.

Komen Ketua WHO itu dibuat ketika pihak berkuasa kesihatan dan syarikat farmaseutikal di seluruh dunia berlumba-lumba mengemas kini data vaksin bagi memerangi varian COVID-19 yang baharu.

Ghebreyesus sejak sekian lama mendesak China untuk berkongsi maklumatnya mengenai asal usul COVID-19 dengan memaklumkan bahawa sehingga kini semua hipotesis ‘kekal di atas meja’.

Virus itu mula dikenal pasti di bandar Wuhan, China pada Disember 2019, dengan ramai mengesyaki ia merebak di pasar haiwan hidup sebelum menular ke seluruh dunia sehingga menyebabkan hampir tujuh juta orang maut.- nasionalkini.my

Richarlison ‘ayam tambatan’ Spurs

Warga emas OKU rentung kebakaran