in

Jumlah pelancong ‘hilang’ lepas masuk Malaysia membimbangkan

20240406 075637
Gambar hiasan

KUANTAN, 6 April – Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah kemasukan pelancong ke Malaysia agak menggalakkan.

Apatah lagi selepas pintu sempadan negara dibuka selepas pandemik COVID-19 kembali terkawal.

Bagaimanapun apa yang membimbangkan adalah terdapat laporan mendakwa jumlah pelancong gagal dikesan selepas memasuki negara ini melebihi 1 juta.

Ketua BERSATU Cameron Highlands, Dr Abdul Rasid Md Ali mempersoalkan tahap keselamatan sempadan tanah air dan keberkesan penguatkuasaan dalam menangani isu berkenaan.

“Apa yang kita dimaklumkan ialah terdapat 1.2 juta pelancong China yang datang ke Malaysia dan kemudiannya ‘hilang’ tanpa kesan.

“Itu jumlah atas kertas, jumlah sebenar mungkin lebih ramai.. mungkin lebih 2 hingga 3 juta.

Dr Abdul Rasid Md Ali

“Adakah mereka sudah keluar menggunakan laluan lain atau masih berada di negara kita.

“Jadi di sini timbul persoalan berkaitan tahap keselamatan dan kesiapsiagaan pasukan keselamatan dalam menangani isu ini,” katanya.

Dia menegaskan dakwaan mengenai ‘kehilangan’ pelancong boleh dikategorikan sebagai ‘sesuatu yang sensitif dan memalukan’.

Katanya, kejadian itu jika benar berlaku, boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara.

“Maknanya, semua pihak kena bekerjasama dalam menyelesaikan ‘misteri’ sebesar ini.

“Pihak polis, imigresen dan agensi berkaitan perlu mengenalpasti kelompongan dalam sistem keselamatan negara dan menilai semula proses keluar-masuk sempadan Malaysia,” jelasnya.– nasionalkini.my

Santai moreh di Pekan Awah

Rezeki ‘terpijak’ menjelang Syawal