in

Sumbangan untuk asnaf diteruskan

IMG 20240327 004934 800 x 500 pixel
Datuk Jasri Jamaludin

MARAN, 26 Mac – Majlis sumbangan kepada asnaf bagi kariah Masjid FELDA Ulu Jempol, dekat sini, diadakan petang tadi.

Selain penyampaian sumbangan, turut diadakan adalah majlis tahlil dan berbuka puasa.

Penyampaian sumbangan dilakukan oleh ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin.

Gambar ihsan Pejabat ADUN Kuala Sentul

Jasri melalui hantaran di Facebook berkata, majlis itu sangat bermakna kerana dapat berkumpul bersama penduduk setempat.

“Alhamdulillah, ramai dapat bersama-sama berbuka puasa dan menunaikan solat sunat tarawih di masjid ini,” katanya.

Dia berharap semua amal ibadat sepanjang Ramadan kali ini diterima dan diberi seribu rahmat oleh Allah.– nasionalkini.my

IMG 20240326 152929 800 x 500 pixel

Cadang tubuh RCI beras tempatan

IMG 20240327 072635 800 x 500 pixel

Suburkan amalan sedekah sepanjang Ramadan