in

Lampu jalan perlu dipasang di Jalan Bukit Gajah

Datuk Jasri Jamaludin

KUANTAN, 10 Disember – Laluan utama menghubungkan pekan Kuala Sentul dan bandar pusat Jengka perlu disediakan infrastruktur yang sepatutnya.

Antara keperluan mendesak ketika ini adalah kemudahan lampu jalan di laluan Jalan Bukit Gajah.

Ia adalah antara keutamaan yang disuarakan ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin pada sidang DUN Pahang yang berakhir Jumaat lalu.

“Permohonan supaya jalan Bukit Gajah menghala ke bandar Jengka dipasang lampu jalan sudah saya bawa dalam sidang DUN baru-baru ini.

“Ini kerana persekitaran di laluan itu yang amat gelap dan sunyi, terutamanya ketika waktu malam.

“Selain itu, saya juga mengemukakan permohonan supaya lorong mendaki – hala pergi dan balik di jalan itu disediakan.

“Ketiadaan ‘laluan mendaki’ sering mengakibatkan trafik perlahan apabila kenderaan berat ‘mendaki bukit’ di situ,” katanya.

Jasri yang juga Ketua BERSATU Maran berharap segala permasalahan itu diberi perhatian oleh kerajaan Pahang.

Selain itu, tindakan segera perlu diambil kerajaan negeri bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya di laluan terbabit lebih terjamin.- nasionalkini.my

Tempoh sidang DUN terlalu singkat, banyak isu tak dijawab

Suara Pelangai kembali bergema di DUN Pahang