in

Suburkan amalan sedekah sepanjang Ramadan

IMG 20240327 072635 800 x 500 pixel
Gambar ihsan Pejabat ADUN Panching

KUANTAN, 27 Mac – Menjadi tuntutan agama untuk memperbanyakkan sedekah dan infaq sepanjang Ramadan.

Bahkan, amalan sedekah itu sebaiknya diteruskan sepanjang masa dan tidak hanya menunggu ketika bulan Ramadan semata.

ADUN Panching, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, melalui sedekah juga dapat meningkatkan keimanan seseorang hamba kepada Tuhan.

“Semoga amalan sedekah dilakukan itu mendapat keberkatan dan mendekatkan kita kepada Allah,” katanya melalui satu hantaran di Facebook, semalam.

Mohd Tarmizi turut meluangkan masa menyampaikan tazkirah ringkas di Surau Pandan Aman, dekat sini.

Dia kemudiannya menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada penerima di kawasan berkenaan.– nasionalkini.my

IMG 20240327 004934 800 x 500 pixel

Sumbangan untuk asnaf diteruskan

IMG 20240327 211814 800 x 500 pixel

Edar bubur lambuk di pasar malam