in

Penguatkuasaan lemah punca beras putih tempatan ‘hilang’

IMG 20230807 162035 800 x 500 pixel

PUTRAJAYA, 22 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kelemahan aspek penguatkuasaan dan pemantauan menyebabkan negara ‘kehilangan’ beras putih tempatan di pasaran tempatan.

Perdana Menteri berkata, dia mahu semua pihak lebih tegas dan kerap melakukan pemantauan dan tinjauan, bukan sahaja mengenai soal beras sahaja sebaliknya barangan keperluan lain.

Menurutnya, mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup baru-baru ini menggambarkan bahawa kerajaan tegas dalam soal harga dan bekalan beras.

“NACCOL baru-baru ini memutuskan bahawa beras putih import diturunkan antara RM2 hingga RM3 sekampit sekali gus membolehkan BPT kembali berada di pasaran.

“Aneh juga bila Perdana Menteri dah naik angin sikit (kecewa dengan ketiadaan BPT di pasaran), Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) kata boleh turun harga RM2 dan pengilang pula kata boleh turun RM1.

“Tahun sudah tiada pula jadi, Alhamdulillah turun RM3 harga beras import dan ia penurunan yang banyak untuk pembeli dan pengguna biasa,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan semalam.— nasionalkini.my

IMG 20240322 073411 800 x 500 pixel

Harimau Malaya kena dua biji di Muscat

IMG 20230820 144124 800 x 500 pixel

PBT perlu tegas halang warga asing berniaga