in

25 maut bas terbakar

IMG 20230701 123740 800 x 500 pixel
Bas itu dipercayai terbakar selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan - Gambar oleh Agensi

ANKARA, 1 Julai – Sekurang-kurangnya 25 orang maut manakala lapan lagi penumpang cedera apabila sebuah bas yang dinaiki terbakar di barat India awal Sabtu.

Kemalangan berlaku di daerah Buldana, Maharashtra ketika bas itu dalam perjalanan menuju ke Pune, lapor Agensi Anadolu.

Pegawai kanan polis di daerah Buldana Baburao Mahamuni berkata mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Pasukan penyiasat memeriksa keadaan bas yang terbakar hingga mengorbankan 25 nyawa – Gambar oleh Agensi

Siasatan sedang dijalankan untuk menyiasat punca kemalangan.

Laporan awal menunjukkan bas itu melanggar pembahagi sebelum terbakar. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230701 115740 800 x 500 pixel

Mati lemas ketika jala ikan

IMG 20230701 130923 800 x 500 pixel

Abang jual motor demi adik