in

TFC guna senjata rahsia temu PDRM

Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner (dua dari kanan) berbincang dengan pembantunya pada sesi latihan di Pusat Latihan TFC petang semalam - Gambar oleh TFC

KUALA TERENGGANU, 15 Julai – Arkitek kelahiran Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov menjadi taruhan Terengganu FC (TFC) dalam misi melakar kemenangan berdepan PDRM FC pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam esok.

Selain bintang import baharu skuad Penyu itu, bekas pemain sayap Selangor FC, Nor Hakim Hassan turut menjadi ‘senjata’ skuad Pantai Timur itu untuk memburu tiga mata berdepan Sang Saka Biru yang hilang nakhodanya, Azzmi Ab Aziz selepas direhatkan pihak pengurusan.

Pengendalinya, Tomislav Steinbruckner berkata, peningkatan corak permainan yang diperagakan PDRM FC selain skuad itu mampu melakukan kejutan sebagaimana ketika menumpaskan Kedah, Sabah dan Selangor.

Dia juga bakal melakukan rombakan dalam kesebelasan utama pasukan.

“Persediaan kami seperti biasa begitu serius berdepan dengan PDRM FC yang dilihat semakin meningkat prestasinya.

“Sebagaimana ketika mereka berdepan dengan Kedah tempoh hari, sekali gus menyukarkan kami untuk mengutip mata.

“Bagi memastikan kami tidak pulang dengan tangan kosong, kami akan melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utama.

“Pemain baharu, Tukhtasinov bakal menggalas tugas di posisi tengah manakala pemain sayap, Nor Hakim kekal di posisinya.

“Di posisi pertahanan tengah pula mungkin ada perubahan sama ada Sardor Kulmatov ataupun Argzim Redzovic bakal bergandingan dengan Shahrul Nizam Ros Hasni, esok (hari ini) kita adakan sekali lagi latihan dan saya akan berbincang dengan penolong jurulatih untuk menentukannya,” katanya kepada BH.

Posisi bek kanan juga akan ada perubahan kerana Azam Azmi Murad masih tidak dapat diturunkan kerana belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.- nasionalkini.my

IMG 20230529 190255 scaled

RM8.9 juta untuk baik pulih klinik daif di Terengganu

Pertembungan Sabah, Sri Pahang jadi tumpuan