in

Sabah cuma bernasib baik

Kim Swee memuji karakter positif dipamerkan para pemain The Rhinos yang tidak mengalah biarpun The Cats kembali menyaingi pasukan tuan rumah

KOTA KINABALU, 10 Julai – Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui terkilan dengan sikap para pemain The Rhinos yang disifatkan memilih jalan sukar untuk mengutip tiga mata ketika melayan Kuching City FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas pada Sabtu.

“Sejujurnya, kita mengambil mudah selepas selesa mendahului sekali gus membenarkan Kuching City kembali semula dalam permainan.

“Apabila Kuching City berjaya menjaringkan gol pertama diikuti gol penyamaan ia sekaligus memberikan tekanan kepada para pemain Sabah.

“Namun kita bernasib baik dalam perlawanan ini apabila berjaya mendapatkan tiga mata hasil gol dalam minit akhir perlawanan,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam perlawanan itu, gol Sabah dijelmakan Saddil Ramdani (m-12) Ramon Machado (m-27, m-94) Stuart Wilkin (m-58) manakala gol Kuching City dihasilkan Amir Amri Salleh (m-55) Abu Kamara (m-67, m-86)

Pada masa sama Kim Swee memuji karakter positif dipamerkan para pemain The Rhinos yang tidak mengalah biarpun The Cats kembali menyaingi pasukan tuan rumah.

Namun apabila bolos tiga gol dalam perlawanan ini, ia sesuatu yang perlu diberikan perhatian segera supaya perkara sama tidak berulang dalam perlawanan seterusnya.

Pada masa Kim Swee memuji penampilan pemain baharu Ramon dalam perlawanan itu apabila menyumbangkan gol.

“Saya percaya gol itu akan menjadi motivasi kepadanya untuk tampil lebih menyerlah dalam baki saingan Liga Super.

“Sementara Cifu (Miguel Angel Garrido Cifuentes) pula agak malang apabila mengalami sedikit kecederaan menyebabkan saya terpaksa mengeluarkannya di separuh masa kedua bagi mengelakkan risiko.

“Saya juga kena pastikan kedua-keduanya berada pada tahap terbaik untuk perlawanan berikutnya,” katanya.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Pantau tapak warisan dunia

Polis tahan 4 lelaki gaduh sebab hutang