in

Sabah menang tipis lawan Kuching City

IMG 20230709 004425 800 x 500 pixel
Sabah FC meneruskan pemburuan kelompok terbaik Liga Super musim ini selepas menjinakkan Kuching City FC, 4-3 dalam perlawanan di Stadium Likas - Gambar oleh MFL

KOTA KINABALU, 9 Julai – Sabah FC meneruskan pemburuan kelompok terbaik Liga Super musim ini selepas menjinakkan Kuching City FC, 4-3 dalam perlawanan di Stadium Likas petang semalam.

Mata ke-30 itu diperoleh selepas mengharungi 16 perlawanan.

Anak buah Datuk Ong Kim Swee bagaimanapun diberikan tentangan sengit skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim dalam perlawanan itu.

The Rhinos terlebih dulu di depan hasil jaringan Saddil Ramdani pada minit ke-12′, sebelum pemain import baharu tuan rumah Ramon Machado De Macedo membuka akaun gol pertama bersama majikannya.

Separuh masa kedua, The Cats yang tewas 1-2 di Stadium Negeri pada 6 Mac lalu berusaha kembali ke dalam permainan merapatkan defisit hasil jaringan Amir Amri Salleh pada minit ke-55′.

Bagaimanapun, The Rhinos yang tersentak kembali melebarkan kedudukan hasil sentuhan Stuart John Wilkin pada minit ke-58.

The Cats kemudian kembali garang apabila Abu Kamara tampil meledak dua gol pada minit ke-67′ dan 86 untuk mengikat permainan.

Ketika perlawanan seolah-olah berakhir dengan keputusan seri, Ramon muncul wira Sabah apabila meledak gol minit ke-93, untuk keputusan 4-3 memihak pasukan tuan rumah.

Keputusan itu menyaksikan Sabah mengekalkan rekod tanpa kalah saingan Liga Super di Likas, kini menduduki tangga keempat liga selepas 16 perlawanan manakala Kuching City pula yang kurang satu aksi di tangga ke-13.

Sabah selepas ini dijadualkan berdepan Sri Pahang FC di Stadium Likas pada 15 Julai manakala Kuching City melayan kunjungan Perak FC di Stadium Negeri sehari selepas itu.- nasionalkini.my

IMG 20230709 002713 800 x 500 pixel

JDT menang lagi

000 33NA3JM

14 maut dalam runtuhan bangunan di Brazil