in

Piala FA milik City

IMG 20230604 010057 6 x 4 inch
Skuad kendalian Pep Guardiola menewaskan Manchester United pada aksi final Piala FA di Stadium Wembley lewat malam tadi - Gambar oleh Reuters

LONDON, 4 Jun – Manchester City hanya perlukan satu lagi kemenangan bagi melengkapkan ‘treble’ apabila menewaskan Manchester United 2-1 pada final Piala FA lewat malam tadi, hasil dua gol Ilkay Gundogan.

Kapten City itu mencatat nama dalam buku rekod apabila menjaringkan gol terpantas pada final Piala FA melalui rembatan ‘voli’ dalam tempoh 12 saat.

United yang mencari dua kejuaraan domestik dalam musim yang sama buat pertama kali dan memusnahkan harapan City untuk menyamai rekod mereka pada 1999, menyamakan kedudukan apabila Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-33.

IMG 20230603 083051 6 x 4 inch
Jaringan penalti oleh Bruno Fernandes tidak memadai untuk mengatasi penguasaan Manchester City pada aksi final Piala FA lewat malam tadi – Gambar oleh Reuters

Namun Gundogan kembali memberi kelebihan buat City, sekali lagi menerusi ‘voli’ tujuh minit sebelum rehat babak pertama.

Skuad kendalian Pep Guardiola mempertahankan gawang mereka daripada tekanan pada penghujung aksi untuk menang trofi berkenaan buat kali ketujuh, dipetik dari Reuters.

Manchester City hanya perlukan satu lagi kemenangan bagi melengkapkan ‘treble’ mereka untuk musim 2022/2023. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230603 213104 6 x 4 inch

Waris Lebai Sulong – Tok Esah bersua lepas 2 tahun rancang

IMG 20230604 092358 6 x 4 inch

PLKN perlu dihidupkan semula