in , ,

Lelaki mengamuk: Sah 4 polis parah ditetak, suspek meninggal dunia

Foto Tular

Sungai Petani: Empat anggota polis mengalami kecederaan ketika proses menahan seorang lelaki yang mengamuk di Taman Seri Utama, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika proses menangkap lelaki berusia 32 tahun itu, suspek menghayunkan parang menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan dalam usaha untuk mempertahankan diri.

Beliau berkata, kesemua anggota polis terbabit berusia antara 30 hingga 50-an dan mengalami kecederaan di kepala, tangan, bahu serta pinggul.

“Bagaimanapun, dua anggota polis yang berusia 40-an dan 50-an masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), manakala dua lagi anggota yang berusia 20-an sudah dibenarkan keluar hospital.

Suspek pula dilaporkan meninggal dunia pada 1.04 pagi tadi dan laporan bedah siasat belum diperoleh setakat ini,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Wan Azharuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu kerana kes masih dalam siasatan. -NASIONALKINI

credit @harianmetro

Kes Bunuh Peniaga COD

Suspek Kes Bunuh Peniaga COD Diberkas di Kuala Terengganu