in

HTAA bakal jadi hospital pengajar latihan perubatan sukan pertama di Pantai Timur

IMG 20230609 WA0030
Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) Datuk Dr Nor Azimi Yunus

OLEH: AD Zafir

KUANTAN: Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini bakal menjadi hospital pengajar pertama di Pantai Timur yang menyediakan pusat latihan bagi Program Latihan Kepakaran (PLK) Perkhidmatan Perubatan Sukan pada pertengahan tahun hadapan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, perkata tersebut masih dalam proses melengkapkan kertas kerja untuk diusulkan kepada pihak Universiti Malaya (UM) bagi mendapatkan pengiktirafan daripada pakar insititusi itu.

Menurutnya, setakat ini UM merupakan satu-satunya pusat pengajian tinggi yang menawarkan Sarjana Kepakaran dalam bidang Perubatan Sukan.

“Sebaik sahaja mendapat pengiktirafan tersebut, HTAA akan menerima penuntut atau pelatih untuk menjalani latihan beserta beberapa pakar sebagai tenaga pengajar.

“Setakat ini, terdapat empat hospital di bawah KEmenterian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut mendapat pengiktirafan iaitu Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

“Justeru itu, HTAA merupakan hospital kelima yang bakal mengikut jejak sebagai hospital pengajar sekali gus menjadi hospital pertama di Pahang dan juga seluruh Pantai Timur mempunyai pusat latihan perkhidmatan perubatan sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan program 1st National Clinical Exercise Testing Symposium (NACETS) 2023: An Introduction to Cardiopulmonary Exercise Testing (CORT) di bangunan Klinik Pakar, HTAA, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Nor Azimi berkata, sejak unit perubatan sukan ditubuhkan di HTAA terdapat peningkatan sekitar 5 peratus pesakit yang mendapatkan perkhidmatan itu.

Jelasnya, sehingga kini terdapat dua orang Pakar Perubatan Sukan yang ditempatkan untuk berkhidmat di unit tersebut.

“Antara pesakit yang mendapatkan perkhidmatan ini terdiri daripada 90 peratus adalah populasi masyarakat umum dan selebihnya merupakan golongan atlet.

“Ini bermaksud, perkhidmatan perubatan sukan ini sudah mula dikenali sekali gus memberi impak bahawa unit tersebut mempunyai signifikan di negeri ini,” katanya.

Perkhidmatan Perubatan Sukan di HTAA secara rasminya telah ditubuhkan, 16 April 2021.

Bidang perubatan ini, menawarkan perkhidmatan rawatan, pemulihan dan pencegahan kecederaan muskuloskeletap akut atau kronik, program rehabilitasi sebelum dan selepas pembedahan sukan, ujian kecerdasan, konsultasi perubatan sukan dan banyak lagi.

-ends-

Misi wajib menang Pahang

10hmbotz 1686294144

10 nelayan asing ditahan bersama 900 kg ikan