in

City sedia beli Hakimi

IMG 20230625 124629 800 x 500 pixel
Achraf Hakimi dilabel sebagai antara pemain pertahanan terbaik di dunia ketika ini - Gambar oleh AFP

MANCHESTER, 25 Jun – Juara treble, Manchester City sedia berbelanja besar untuk mendapatkan khidmat bek kanan Paris Saint-Germain (PSG), Achraf Hakimi pada musim panas ini.

Pemain Maghribi itu disifatkan sebagai pengganti terbaik untuk Kyle Walker dalam usaha Pep Guardiola membentuk skuad mantap bagi mempertahankan tiga kejuaraan dimenangi The Citizens musim lalu, dipetik dari Agensi.

Walker yang masih mempunyai baki setahun dalam kontraknya di Etihad akan menyertai juara Jerman, Bayern Munich pada jendela perpindahan kali ini.

Hakimi dilabel antara pertahanan terbaik dunia dalam tempoh lima tahun lalu dan dia antara tonggak yang membantu Maghribi mara ke separuh akhir Piala Dunia Qatar tahun lalu.

Pemain skuad kebangsaan Morocco itu menjadi antara watak penting dalam kejohanan Piala Dunia yang berlangsung di Qatar, tahun lalu – Gambar oleh Agensi

Pemain berusia 24 tahun itu dilahirkan di Madrid menyertai akademi kelab gergasi Sepanyol itu sebelum membuat penampilan pertamanya pada tahun 2017.

Hakimi kemudian dipinjamkan ke Borussia Dortmund selama dua tahun dan menghasilkan 12 jaringan serta 17 umpanan gol dalam 73 perlawanan.

Inter Milan mendapatkan khidmatnya pada tahun 2020 sebelum berhijrah ke Paris dengan yuran perpindahan 60 juta pound (RM356.74 juta) pada musim berikutnya.

Hakimi terus menyerlah bersama PSG dan bergandingan baik dengan pemain sensasi, Kylian Mbappe. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230625 111852 800 x 500 pixel

Tiada keperluan semak semula OPR

IMG 20230605 080256 6 x 4 inch

DUN Kedah bubar 28 Jun