in

Kontrak Safuwan di NSFC tidak disambung

Safuwan mula menyarung jersi NSFC awal tahun ini

SEREMBAN, 12 Julai – Skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) kehilangan perancang berwibawa, Mohamad Safuwan Baharudin apabila pemain terbabit dikatakan akan kembali me­nyertai Selangor FC.

“Kelab (NSFC) ingin mengucapkan terima kasih kepada Safuwan Baharudin.

“Selamat maju jaya bersama pasukan baharu yang bakal disertai,” kata satu kenyataan dalam laman web rasmi NSFC, sekali gus mengesahkan perpindahan pemain import itu.

Sumber kelab memberitahu, Safuwan menandatangani kontrak dengan NSFC hanya enam bulan atas faktor kecederaan dan pemain berkenaan tidak memperbaharui kontraknya.

“Jadi, dia kembali kepada pasukan asalnya Selangor,” kata sumber itu kepada BH hari ini.

Safuwan mula menyarung jersi NSFC awal tahun ini walaupun ketika itu banyak pihak terutama peminat pasukan berkenaan mempersoalkan tahap kecergasannya.

Ia susulan pemain itu dilaporkan kurang cergas akibat kecederaan dialaminya pada hujung musim lalu.

Bagaimanapun, dalam tempoh enam bulan, Safuwan dilihat berjaya memainkan peranan proaktif dalam membantu NSFC mengharungi saingan Liga Super dan Piala FA.

Safuwan merekodkan 12 penampilan bersama skuad bimbingan K Devan dengan penampilan terakhirnya sebagai pemain gantian ketika menentang Johor Darul Ta’zim di tempat lawan, 8 Julai lalu.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

india bnjr

41 terkorban akibat hujan lebat tanpa henti di India

Sabah sedia kecewakan Sri Pahang