in

Kelantan United kongsi mata dengan PDRM

Skuad didikan Ailton Dos Santos Silva mendapat peluang terbaik pada masa kecederaan separuh masa pertama apabila dihadiahkan sepakan percuma selepas Mohd Syazwan Zainon dijatuhkan pertahanan PDRM - Gambar oleh KUFC

KOTA BHARU, 29 Julai – Kelantan United FC dan PDRM FC terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2 -2 dalam saingan Liga Super malam tadi.

Pada awal perlawanan, padang Stadium Sultan Muhammad IV menyaksikan permulaan agak perlahan antara kedua pasukan.

Bagaimanapun, kedua pasukan mula mengatur rentak dengan berbalas serangan namun gagal memanfaatkan peluang yang ada.

PDRM kemudian cuba melakukan beberapa percubaan menembusi gawang gol tuan rumah tetapi berjaya ditepis penjaga gol Mohd Shahril Sa’ari, lapor Sinar Harian.

Skuad didikan Ailton Dos Santos Silva mendapat peluang terbaik pada masa kecederaan separuh masa pertama apabila dihadiahkan sepakan percuma selepas Mohd Syazwan Zainon dijatuhkan pertahanan PDRM.

Skuad didikan Ailton Dos Santos Silva mendapat peluang terbaik pada masa kecederaan separuh masa pertama apabila dihadiahkan sepakan percuma selepas Mohd Syazwan Zainon dijatuhkan pertahanan PDRM – Gambar oleh KUFC

Peluang itu gagal dimanfaatkan kapten Kelantan United FC, Indra Putra Mahayuddin yang menyaksikan kedudukan kekal tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Tidak sampai dua minit separuh masa kedua, PDRM berjaya menembusi gol tuan rumah melalui sepakan Mohd Nabil Ahmad.

PDRM dilihat semakin bertenaga menyerang dan menyumbang gol kedua PDRM pada minit 53 melalui Uche Agba.

Kekuatan PDRM dibalas oleh sepakan gol Kelantan United FC, Jose Elmer Porteria tiga minit kemudian.

Asakan demi asakan yang dilakukan kedua pasukan namun Kelantan United FC lebih bertenaga untuk menyamakan gol PDRM FC pada minit ke 70 melalui sepakan Sharvin Selvakumaran.

Seramai 540 penonton menyaksikan keputusan akhir perlawanan, Kelantan United dan PDRM seri 2-2.- nasionalkini.my

TFC gagal manfaat aksi laman sendiri

Bakat luar biasa di usia muda