Oleh Luth Adwa
ISKANDAR PUTERI, 27 Jun – Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menang bergaya 4-0 ke atas Selangor sekali gus layak ke final Piala FA 2023 hasil kerja keras pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan semua pemain skuad Harimau Selatan.
Kemenangan itu menyaksikan JDT berdepan Kuala Lumpur (KL) City di pentas final, bulan depan.
Ketua jurulatih JDT, Esteban Solari berkata, pemain memberi tekanan kepada lawan sejak awal permainan dan bermain secara menyerang.
“Ia perlawanan hebat dengan sokongan padu penyokong yang memenuhi stadium.
“Kami mencipta banyak peluang dan berjaya menjaringkan gol.
“Selangor juga memberikan saingan yang baik dan mereka adalah pasukan yang bagus,” katanya di sini.
Pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe berkata, transisi serangan dilakukan JDT sukar disaingi pasukannya.
“Sedikit kesilapan di bahagian pertahanan menyebabkan kami dibolosi dan sukar untuk kami apabila separuh masa pertama terpaksa menukar Yazan Al-Arab dan Fazly Mazlan kerana kecederaan,” katanya. – nasionalkini.my
BERITA BERKAITAN