in

Perang psikologi JDT menjadi, tewaskan Selangor 4-0

WhatsApp Image 2023 06 26 at 11.20.13 PM 1
Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia, Arif Aiman Hanapi muncul wira apabila meledak tiga jaringan dalam aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

Oleh Luth Adwa

ISKANDAR PUTERI 26 Jun – Perang psikologi Johor Darul Ta’zim (JDT) berhasil apabila skuad itu berjaya menewaskan Selangor 4-0 dalam aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam ini.

Keputusan itu sekali gus mengulangi kejayaan skuad Harimau Selatan menang 4-0 ke atas Selangor dalam aksi Liga Super, Mac lalu.

Dalam aksi separuh akhir Piala FA 2023 malam ini, pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia, Arif Aiman Hanapi muncul wira JDT apabila meledak tiga jaringan pada minit ke-20, 33 dan minit ke-38.

Satu lagi gol JDT dijaringkan oleh Fernando Forestieri pada minit ke-47 sekali gus melayakkan skuad Harimau Selatan ke perlawanan akhir Piala FA 2023 menentang KL City.

Pengendali JDT, Esteban Solari mengucapkan tahniah kepada anak buahnya kerana mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan separuh akhir Piala FA 2023 malam ini.

“Tahniah juga kepada pemain ke-12, semoga penyokong JDT yang memenuhi stadium malam ini dan memberikan semangat kepada pemain untuk memperoleh kemenangan malam ini,” katanya.

Baru-baru ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik gambar beliau di Stadium Sultan Ibrahim dengan ‘scoreboard’ di stadium itu memaparkan keputusan JDT menewaskan Selangor 5-0. – nasionalkini.my

balik kampung

Aidiladha: Tiket bas ekspres ke utara banyak belum terjual?

Kertas Putih Kesihatan lulus