in

Kane pilih Bayern

MUNICH, 11 Ogos – Tottenham dan Bayern Munich bersetuju dengan perjanjian bernilai £100 juta (RM579 juta) terhadap Harry Kane namun kelab gergasi Jerman itu masih menanti untuk melengkapkan perpindahan bersejarah awal pagi tadi.

Rundingan antara semua pihak berlangsung hingga lewat malam tadi susulan kebimbangan di Bayern perpindahan Kane masih tergantung di sebalik bersetuju dengan yuran perpindahan bersama Spurs bagi sasaran pembelian utama mereka, lapor Agensi.

Juara Bundesliga itu secara terbuka berusaha mendapatkan khidmat Kane selama beberapa minggu selepas diberi jaminan secara peribadi pemain berusia 30 tahun itu akan berpindah ke Bavaria.

Bagaimanapun, selepas bersetuju secara prinsip dengan pengerusi Spurs, Daniel Levy, kelab itu masih tidak mendapat lampu hijau untuk melengkapkan pembelian mega itu awal pagi tadi.

Harry Kane

Difahamkan beberapa butiran kontrak dan kewangan antara Kane dan Tottenham masih belum selesai ketika isu berkaitan pengagihan bayaran kepada orang tengah juga turut dirundingkan.

Pada awal minggu ini, Kane dibayangkan akan kekal bersama Spurs selepas tawaran ketiga Bayern bernilai £86 juta (RM498 juta) ditolak.

Hakikat kemelut perpindahan itu berlarutan hingga ke hujung pramusim juga antara faktor yang dipertimbangkan Kane.

Kane menjelaskan dia mahu masa depannya diselesaikan sebelum permulaan musim baharu Liga Perdana Inggeris – yang membuka tirai awal pagi esok apabila pasukan juara Manchester City bertandang ke kelab pendatang baharu Burnley.

Kapten England itu dilaporkan akan menerima gaji sekitar £400,000 (RM2.3 juta) seminggu jika dia meninggalkan London untuk ke Munich.- nasionalkini.my

Maahad Tahfiz Al-Quran Tok Montok perlu dana bina dewan terbuka

tok mat

Tok Mat nafi terlibat skandal LCS