in

Bayern belasah Egern 27-0

IMG 20230719 130618 800 x 500 pixel
Antara aksi menarik perlawanan pra musim antara Bayern Munich dan Rottach-Egern di kem latihan mereka di Tegernsee, Jerman petang semalam - Gambar oleh Agensi

MUNICH, 19 Julai – Bayern Munich memulakan aksi pra musim dengan penuh bergaya apabila membelasah kelab amatur divisyen sembilan Jerman, Rottach-Egern 27-0 di kem latihan mereka di Tegernsee, Jerman petang semalam.

Jamal Musiala, Marcel Sabitzer dan pemain muda berusia 18 tahun, Mathys Tel masing-masing meledak lima gol manakala Serge Gnabry menjaringkn tiga gol.

Raphael Guerreiro meledak dua gol dalam penampilan pertamanya bersama kelab itu selain Konrad Laimer, Alphonso Davies, Dayot Upamecano, Noussair Mazraoui, Ryan Gravenberch, Kingsley Coman, dan Sadio Mane turut menyumbang gol.

Antara aksi menarik perlawanan pra musim antara Bayern Munich dan Rottach-Egern di kem latihan mereka di Tegernsee, Jerman petang semalam – Gambar oleh Agensi

Bayern pernah menang dengan jaringan besar ke atas kelab itu pada 2019 dengan jaringan 23 gol.

“Kami perlu bertambah baik dan perlu bekerja keras. Ia meletihkan dan menuntut komitmen daripada pemain tetapi semua orang sudah bersedia.

“Hari ini adalah hari yang sangat baik. Sekarang kami masih mempunyai tugas di sini untuk dua hari lagi,” katanya dipetik dari Agensi.

Selepas ini, Bayern akan meneruskan perlawanan pra musim di Jepun menentang Manchester City dan Kawasaki Frontale.- nasionalkini.my

IMG 20230706 104146 800 x 500 pixel

Tidur dengan pendingin hawa kereta terpasang punca kematian

IMG 20230719 133553 800 x 500 pixel

Bekas ketua hakim syarie tokoh Maal Hijrah Pahang