in

Gaji Kane RM2.4 juta seminggu

Daniel Levy sedia 'memujuk' Kane untuk terus kekal dengan menawarkan gaji 400,000 pound seminggu (RM2.4 juta) seminggu - Gambar oleh Agensi

LONDON, 12 Julai – Harry Kane bakal menjadi pemain menerima gaji kedua tertinggi di Liga Perdana Inggeris (EPL) jika terus kekal bersama Tottenham musim ini.

Spurs enggan melepaskan tonggak utama mereka itu meskipun kontraknya hanya berbaki setahun, sekali gus membolehkan dia meninggalkan pasukan itu secara percuma dalam tempoh 12 bulan jika tiada kontrak lanjutan dipersetujui.

The Telegraph mendakwa Kane tidak menunjukkan sebarang tanda untuk terus komited bersama Tottenham.

Namun pengerusi pasukan, Daniel Levy sedia ‘memujuk’ Kane untuk terus kekal dengan menawarkan gaji 400,000 pound seminggu (RM2.4 juta) seminggu.

Mereka turut melaporkan keputusan Kane tidak didorong atas faktor kewangan tetapi atas dasar meraih lebih banyak kejayaan.

Bayern Munich percaya Kane sedia untuk menyertai mereka dan bakal menawarkan bidaan baru berjumlah 70 juta pound (RM421 juta) termasuk bonus tambahan.

Jika Kane melanjutkan kontraknya, dia akan menjadi penerima gaji kedua tertinggi di belakang penyerang Manchester City, Erling Haaland yang dilaporkan menerima 865,000 pound seminggu (RM5.2 juta) seminggu.

Kevin de Bruyne dan Mohamed Salah masing-masing menerima 385,000 pound seminggu (RM2.3 juta) juga selain Casemiro 375,000 pound seminggu (RM2.2 juta) dan Raheem Sterling 350,000 pound (RM2.1 juta).

Marcus Rashford dijangka turut menerima gaji yang tinggi bernilai RM2.2 juta seminggu selepas David de Gea meninggalkan United.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Ibu tunggal hidap talasemia perlu kerja tetap

20230605 141648

BN umum calon PRN 21 Julai