ALOR SETAR, 9 Ogos – Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bangkit daripada kekecewaan dengan menewaskan skuad Sri Pahang FC 2-0 pada Liga Super di Stadium Darul Aman malam tadi.
Dua jaringan gol masing-masing dihasilkan Ifedayo Olusegun dan pemain sayap J Partiban mengukuhkan kedudukan Sang Kenari di tangga ketiga Liga Super dengan 40 mata.
Kedah membuka jaringan seawal minit keempat selepas lontaran Ariff Farhan ke dalam kotak penalti lawan gagal ditanduk keluar pertahanan Sri Pahang dan kesempatan itu disempurnakan Ifedayo untuk menewaskan penjaga gol lawan, Izham Tarmizi.
Sri Pahang cuba bangkit dengan larian dan serangan deras penyerang Kpah Sherman untuk memburu gol pada minit ke-10 namun percubaannya tersasar.
Perlawanan terus rancak namun percubaan Kedah melalui Manuel Hidalgo pada minit ke-25 mengenai tiang gol dan percubaan Sri Pahang menerusi Sherman tiga minit kemudian ditampan Kalamullah Al-Hafiz, lapor BH.
Kedah yang terus mencuba hasil gerakan pantas akhirnya menambah jaringan menerusi Partiban yang mudah menolak bola masuk bola ke gawang skuad Tok Gajah empat minit sebelum tamat babak pertama selepas percubaan Manuel Ott gagal ditampan kemas penjaga gawang.
Pada babak kedua, Sri Pahang mendapat peluang terbaiknya hasil sepakan bebas berhampiran kotak penalti pemain import, Kevin Ingreso tetapi percubaannya diselamatkan Kalamullah Al-Hafiz.- nasionalkini.my
BERITA BERKAITAN
https://www.nasionalkini.my/sukan/sri-pahang-kutip-3-mata-tewaskan-selangor/