in ,

PN mahu tumpu isu rakyat miskin

Mohamed Azmin
Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tawaran PN adalah bantuan bagi mengupayakan usahawan kecil, peniaga kecil mendapat modal mengembangkan perniagaan.

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Perikatan Nasional (PN) akan  memberi tumpuan kepada isu miskin bandar agar nasib golongan berkenaan terbela.

Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, antara tawaran PN ialah menawarkan skim mikro kredit Hijrah bernilai RM500 juta iaitu bantuan bagi mengupayakan usahawan kecil, peniaga kecil mendapat modal mengembangkan perniagaan.

“Golongan ini tidak layak untuk buat pinjaman di bank, kalau boleh pun kadar faedahnya tinggi.

“Mereka tidak ada sebarang aset untuk dijadikan sebagai cagaran untuk dapatkan pinjaman RM10,000 hingga RM50,000 tanpa kadar faedah.

“Menerusi skim ditawarkan , mereka boleh bayar dengan kadar minima setiap bulan supaya boleh gunakan modal untuk besarkan warung, premis termasuk beli peralatan baru untuk masakan dan dapur dan meningkatkan produktiviti supaya hasil pendapatan dapat dipertingkatkan terhadap keluarga mereka,” katanya.

Sebahagian besar yang ada adalam tawaran PN untuk rakyat Selangor adalah inisiatif-inisiatif yang baharu.

“Sebab itu saya tegaskan tawaran PN ini mencakupi pelbagai sektor, pertama kita mahu membangunkan Selangor sebagai Super Smart State,Selangor tidak boleh ditakuk yang lama, ini prinsip kita,

“Kita ingin membangunkan Selangor dengan ekonomi yang Lestari mampan,ini sesuatu yang besar kita bincang soal industri masa hadapan,” katanya. – nasionalkiny.my

Ifedayo bantu Kedah atasi Sri Pahang

markas PH

Sepupu buka markas PH di pekarangan rumah Timbalan MB Kelantan