in

Sri Pahang sasar tiga terbaik

Gambar oleh BH

KUANTAN, 2 September – Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) menyasarkan skuad Tok Gajah menamatkan saingan Liga Super musim ini di kedudukan tiga terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPFC, Datuk Mohammed Suffian Awang, berkata sasaran itu bersandarkan kepada prestasi semasa termasuk kurang dua perlawanan berbanding pasukan lain.

“Kelab sememangnya mengharapkan Sri Pahang dapat menamatkan saingan Liga Super musim ini di kedudukan tiga terbaik walaupun sedar bahawa saingan sengit yang bakal dihadapi pada baki perlawanan

“Bagi kelab, sudah pasti ia juga menjadi idaman semua pasukan untuk meletakkan pasukan pada kedudukan terbaik yang turut dibuktikan dengan prestasi semasa yang dipersembahkan skuad kendalian Fandi Ahmad ketika ini.

“Namun, bukan sahaja tumpuan pada saingan liga, malah saingan Piala Malaysia turut diberikan keutamaan selepas layak ke suku akhir piala berprestij ini.

“Apa yang diharapkan daripada barisan pemain adalah kelab menagih persembahan terbaik daripada mereka dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia,” katanya kepada BH.

Ketika ini, Sri Pahang yang bermain 20 perlawanan berada di kedudukan kelima Liga Super dengan mengutip 40 mata berbanding pasukan lain sudah beraksi dalam 21 dan 22 perlawanan.- nasionalkini.my

UMPSA Bridge Run tarik perhatian 2,000 peserta

Menu serba lengkap, harga pasti memikat