in

MB Kedah ditahan awal pagi tadi

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Menteri Besar Sementara Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, ditahan di sebuah hotel di Mont Kiara, di sini, awal pagi tadi.

Beliau ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, kira-kira jam 2.30 pagi.

Muhammad Sanusi yang ditahan ketika berada dalam sebuah bilik di tingkat 33A, kediaman berkenaan.

Beliau kemudian dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner milik pasukan polis diiringi kenderaan lain dari JSJ Kontinjen Selangor menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, lapor BH.

Satu video penahanan Muhammad Sanusi dikesan tersebar dalam laman media sosial.

Muhammad Sanusi dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang, pagi ini, bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksye 4(1)(A) Akta Hasutan.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

DSV

DSV mahu berguru dengan TMJ  timba ilmu bola sepak

2 keluarga Orang Asli lega anak kembali ke sekolah