in

Penunggang basikal OKU maut jadi mangsa langgar lari

2270767
Lokasi kejadian yang mengakibatkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) maut. - Gambar Sinar Harian

TAMPIN, 18 Julai – Seorang penunggang basikal orang kurang upaya (OKU) maut selepas dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian di Jalan Kampung Ayer Gelugor, Gemencheh, hari ini.

Utusan melaporkan, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, dalam kemalangan kira-kira pukul 7.15 pagi itu, mangsa iaitu lelaki OKU berumur 44 tahun telah mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, hasil siasatan mendapati penunggang basikal dalam perjalanan ke Kampung Ayer Gelugor dari arah Gemas melalui Jalan Gemas-Tampin secara contra flow.

“Tiba-tiba dipercayai sebuah kenderaan tidak dapat dikenal pasti telah terbabas ke bahu kiri jalan dari arah Tampin dan melanggar penunggang basikal dari bahagian hadapan menyebabkan penunggang basikal tercampak ke bahu jalan.

“Kenderaan tersebut tidak berhenti selepas peranggaran. Mayat penunggang basikal telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan jalan raya terbabit diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Tampin di talian 06-4431999 bagi membantu siasatan. – nasionalkini.my

B Sathianathan sudah tiada

Pelajar cekik, bunuh adik didakwa