LONDON, 12 Ogos – Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/24 secara rasmi dibuka pagi tadi dengan juara bertahan, Manchester City berkunjung ke gelanggang pasukan yang baharu dinaikkan pangkat, Burnley.
Skuad The Citizens yang juga juara ‘trebel’ musim lalu memulakan kempen dengan langkah kanan apabila meraih kemenangan 3-0 dalam perlawanan itu.
Namun, apa yang lebih menjadi perhatian adalah beberapa perubahan yang dilakukan dalam saingan liga utama itu untuk musim ini.
Ia termasuk kelayakan Eropah dan undang-undang baharu yang dianggap menyukarkan pasukan bertanding.
Berikutan adalah senarai 10 perkara baharu yang dijangka menjadi perhatian peminat bagi saingan EPL musim ini.
- Pasukan baharu
Luton akan menjadi pasukan berbeza yang ke-51 beraksi dalam saingan EPL sejak ia ditubuhkan pada 1993-94. - Bola baharu
Pemain akan bermain bola baharu musim ini yang mana bola Nike itu memaparkan garis hitam dan dihiasi dengan corak ‘percikan’ berwarna oren. - Nombor dan nama
Ia menjadi reka bentuk keempat yang diperbaharui daripada tulisan rasmi saingan EPL bagi nombor dan nama.
Semua pasukan mesti menggunakan bentuk tulisan yang sama dan mulai musim ini ia akan direka lebih tebal dengan nombor lebih besar digunakan.
Terdapat juga logo singa Liga Perdana pada lengan baju.
- Pengadil
Tim Robinson dan Darren Bond adalah pengadil sepenuh masa yang baharu dalam EPL selepas Andre Marriner bersara. - Tempoh pertukaran
Semua pemberhentian permainan akan dikira dengan tepat oleh pegawai perlawanan. Ketua PGMOL menjangkakan ia bermakna purata kurang daripada 12 minit masa tambahan bagi setiap perlawanan.
Perkara ini sudah menimbulkan perdebatan hangat, dengan pertahanan Manchester United, Raphael Varane mengeluarkan kenyataan mengenai perubahan itu.
- Undang-undang
Dua perubahan besar undang-undang akan dilaksanakan musim ini. Seorang pemain yang dianggap ‘mencabar bola’ apabila mereka ‘menafikan peluang menjaringkan gol yang jelas’ di dalam kotak penalti hanya akan dilayangkan kad kuning walaupun mereka tidak cuba memainkan bola.
FIFA dan IFAB juga sudah menjelaskan apa yang kini dianggap sebagai ‘permainan yang disengajakan’ oleh pemain pertahanan berhubung ofsaid.
Jika seorang pemain dianggap mengawal hantaran, cubaan untuk mendapatkan penguasaan atau mengeluarkan bola, ini akan menjadi ‘permainan yang disengajakan’ dan penyerang dalam kedudukan ofsaid tidak boleh dihukum kerana ofsaid.
Tindakan yang tidak tepat atau tidak berjaya tidak mengubah bahawa pemain pertahanan ‘sengaja memainkan’ bola.
- Penekanan tingkah laku
Peraturan baharu yang sukar buat pemain dan pengurus termasuk kad kuning untuk sebarang pembaziran masa dan penggantungan automatik bagi tiga kad kuning kepada mana-mana jurulatih atau pengurus.
Risiko tinggi dikenakan hukuman walaupun hanya perbezaan pendapat dengan bos Arsenal, Mikel Arteta dalam aksi Perisai Komuniti sebelum ini dilayangkan kad hanya kerana menunjukkan isyarat layangan kad dan memprotes keputusan.
- Video Bantuan Pengadil (VAR)
Tambahan dua kamera VAR pada setiap penjuru bermakna berakhirnya ‘tiktik buta’. Ini sepatutnya membantu situasi ofsaid yang sukar dikesan dan menyerlahkan sebarang insiden daripada terlepas. - Rehat musim sejuk
Rehat musim sejuk kembali dilaksanakan, mungkin untuk satu musim sahaja dengan sepuluh perlawanan dibahagikan pada dua hujung minggu pertengahan Januari untuk memberi pemain rehat yang cukup. - Tiket ke Liga Juara-Juara
Pasukan yang menduduki tangga kelima berkemungkinan akan mendapat tempat automatik dalam Liga Juara-Juara untuk musim berikutnya.
Bagaimanapun, ia hanya jika pasukan Inggeris menjadi antara dua terbaik dalam tiga pertandingan kelab UEFA, lapor Agensi.
Mereka bermain selama enam daripada tujuh musim sebelum ini – musim lalu Liga Juara-Juara dan Liga Konferens masing-masing dimenangi oleh Manchester City dan West Ham.- nasionalkini.my