in ,

Ikon UUM, TVET kongsi kejayaan di Program Pembinaan Karekter Bangsa Malaysia

ikon2
Pelajar tingkatan enam, matrikuliasi, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) dan Kolej Vokasional mengambil peluang merakam kenangan bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang hadir merasmikan Program Pembinaan Karakter Bangsa Malaysia di Alor Setar, baru-baru ini.

ALOR SETAR 12 Ogos –   Dua Ikon pelajar masing-masing dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Saniy Samsudin dan lepasan Kolej Vokasional, Mohamad Shahrul Yusoff dari Perak muncul sebagai panel dalam Program Pembinaan Karakter Bangsa Malaysia, baru-baru ini.

Program anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan (KPM) berlangsung meriah di Ellisa Garden, Titi Gajah, Alor Star, baru-baru ini.

Malah, disertai lebih 500 pelajar tingkatan enam, matrikuliasi, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) dan Kolej Vokasional dan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Pengarah Pendidikan Perlis, Naharudeen Othman yang sepentas dengan ikon pelajar itu berharap program bagi memupuk karakter bangsa Malaysia berteraskan patriotism, kepimpinan dan tanggungjawab sosial ini mencapai matlamat penganjuran selaras dengan  usaha kerajaan melahirkan generasi muda hebat.

ikon1 1
Muhammad Saniy Samsudin (kanan) sepentas bersama Pendidikan Perlis, Naharudeen Othman dan Mohamad Shahrul Yusoff di pentas Program Pembinaan Karakter Bangsa Malaysia, baru-baru ini.

Ketiga-tiga panel ini berkongsi pandangan mengenai nilai kemampanan, kesejahteraan, berdaya cipta, hormat, berkeyakinan dan ihsan.

Sementara itu Muhammad Saniy Samsudin yang baru sahaja pulang dari Amerika Syarikat (AS) setelah menyertai program bersama-sama pemimpin belia dari Brunei, Myanmar, Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam berkongsi mengenai peluang yang diberikan kepadanya.

ikon 4
Muhammad Saniy Samsudin berkongsi mengenai peluang yang diberikan kepadanya.

IKON jemputan KPM tersebut adalah belia tajaan program Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Pembentang Kertas Kerja Terbaik bertajuk Krisis Ekonomi Global yang disertai oleh 740 perwakilan antarabangsa dari 58 negara, Pemenang Kluster Kepimpinan Pelajar; Anugerah kepimpinan Kolej Kediaman Terbaik sempena majlis Anugerah Tokoh Siswa (KPT) dan lain-lain anugerah baik di peringkat antarabangsa ataupun negara.

Sementara itu, Mohamad Shahrul Yusoff pula berkongsi kejayaan yang dicapai membuka perniagaan sendiri selepas tamat pengajian.

ikon 5
Mohamad Shahrul Yusoff (baju biru) dan Muhammad Saniy Samsudin (kanan) berkongsi kejayaan da pengalaman mereka sempena Program Pembinaan Karakter Bangsa di Alor Setar, baru-baru ini.

Dia yang merupakan pemilik salon rambut itu merupakan lepasan TVET dalam bidang kosmetologi, (dandanan rambut).

“Walaupun saya tidak melanjutkan pengajian diperingkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) namun kini berjaya memilik tiga cawangan salon rambut hasil dari pengajian di Kolej Vokasional,” kongsinya.

Program Pembinaan Karakter Bangsa merupakan inisiatif dalam membina moral yang berkonsep terhadap Anak Yang Baik lagi Cerdik (ABC) dalam melahirkan generasi bijak pandai dan mempunyai sahsiah diri yang baik.

Program tersebut termasuk dalam inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Negara dan sebahagian inisiatif yang menghimpunkan pelajar lepasan menegah dalam program untuk memastikan perbincangan yang berkait rapat dengan pembinaan karekter bangsa.

Ia melibatkan pelajar Tingkatan Enam, Institusi Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi dan Kolej Vokasional tahun 2023 di negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. – nasionalkini.my

10 peraturan baharu EPL

ketua olis

Polis terima 42 kes guna kad pengenalan orang lain undi PRN