in

The Magpies tempah slot Champion League

Skuad kendalian Eddie Howe itu mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan selepas seri 0-0 dalam perlawanan menentang Leicester City awal pagi tadi - Gambar oleh AFP

NEWCASTLE, 23 Mei – Eddie Howe memuji pemain-pemain Newcastle kendaliannya yang layak ke Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun selepas seri 0-0 menentang Leicester.

Selepas Liverpool yang menghuni tangga kelima seri dengan Aston Villa pada Sabtu, Newcastle hanya memerlukan satu mata daripada dua perlawanan terakhir untuk mengesahkan kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah.

Skuad kendalian Howe yang berada di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris mencapai sasaran mereka pada percubaan pertama di St James’ Park.

“Malam yang menakjubkan. Selepas pergelutan di zon penyingkiran musim lalu, persoalan timbul sama ada kami mampu menjadi pasukan lebih baik.

“Saya perlu memuji seluruh skuad kerana secara fizikal ia satu tuntutan yang besar. Kini mereka sudah melihat hasil kerja keras mereka,” kata Howe, dipetik dari AFP.

Kebangkitan Newcastle dari kelompok penyingkiran ke kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris hanya dalam 18 bulan adalah hasil daripada bimbingan Howe dan sokongan kewangan daripada kumpulan pemilik dari Arab Saudi.

The Magpies turut mara ke final domestik pertama sejak tahun 1999 musim ini, tewas kepada Manchester United dalam saingan Piala Liga.

Selepas kali terakhir memenangi Liga Juara-Juara Eropah di bawah kendalian Bobby Robson pada tahun 2003, Newcastle yang bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris sejak dua dekad lalu percaya mereka kini mampu menjadi calon kejuaraan sekali lagi.

Leicester pula yang membuat kejutan dengan menjuarai Liga Perdana Inggeris tujuh tahun lalu, kini di ambang penyingkiran untuk kali ke-12 dalam sejarah mereka.

Sekiranya kembali ke Liga Kejuaraan buat pertama kali sejak tahun 2018, Leicester akan menyamai rekod yang dipegang Birmingham.

Skuad kendalian Dean Smith itu berada di tangga ketiga tercorot selepas hanya menang sekali dalam 15 perlawanan liga.

Leicester kini hanya dua mata di belakang Everton yang berada di atas garis penyingkiran dan akan tersingkir jika The Toffees memenangi perlawanan terakhir mereka menentang Bournemouth, tanpa mengira keputusan perlawanan terakhir Leicester menentang West Ham. – nasionalkini.my

20230523 100034 scaled

Gelombang haba terburuk landa Asia

IMG 20230523 WA0013

Pembeli sanggup tunggu lama untuk kereta baharu