KUALA LUMPUR, 2 Julai – Ketibaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) daripada menunaikan haji hari ini, disambut orang kenamaan negara.
Baginda dan delegasi yang menggunakan pesawat khas tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)kira-kira 1.10 tengah hari tadi.

Turut berangkat tiba Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua turut disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta kerabat-kerabat Diraja negeri Pahang.
Istiadat menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disusuli dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah.

Selepas 11 hari di tanah suci, keberangkatan tiba keluarga diraja turut disambut oleh cucunda mereka termasuk Tengku Adam Ibrahim Shah ibni Tengku Amir Nasser dan Tengku Sulaiman Abdullah Shah ibni Tengku Amir Nasser.
Jelas terpancar kegembiraan di wajah baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri ketika bertemu semula dengan cucunda mereka.
Malah, kelihatan baginda berdua memeluk dan mencium erat dua cucunda. termasuk Tengku Adam Ibrahim Shah ibni Tengku Amir Nasser dan Tengku Sulaiman Abdullah Shah ibni Tengku Amir Nasser.

Detik itu turut dirakam menerusi beberapa foto yang dikongsikan di Facebook Istana Negara, malam ini.
Sementara itu enerusi catatan dalam Facebook Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa syukurkerana dengan keizinan-Nya, baginda dan Raja Permaisuri Agong dikurniakan keafiatan untuk menyempurnakan rukun Islam kelima itu dengan lancar.
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi atas persiapan rapi dan kejayaan menguruskan kira-kira dua juta jemaah bagi musim haji tahun ini.- nasionalkini.my
