in ,

25 pelajar antarabangsa UniSZA kutip pengalaman berharga sambut Aidiladha bersama komuniti tempatan 

WhatsApp Image 2023 07 02 at 10.06.49 PM
Kumpulan pelajar antarabangsa UniSZA yang menyertai program sambutan Aidiladha bersama komuniti tempatan.

Oleh Mohammad Ishak

KUALA TERENGGANU, 2 Julai – Seramai 25 pelajar antarabangsa yang sedang melanjut pengajian di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu, tidak terasing meskipun berjauhan dengan keluarga sendiri selepas berpeluang meraikan sambutan Aidiladha bersama penduduk tempatan.

Ini kerana pejabat International Centre, UniSZA telah menghantar kumpulan pelajar antarabangsa terbabit merasai pengalaman baharu yang jauh berbeza dengan rutin yang dilalui di kampung halaman mereka dengan menyambut Aidiladha bersama penduduk Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu.

WhatsApp Image 2023 07 02 at 10.04.13 PM
Beberapa mahasiswa antarabangsa UniSZa tidak melepas peluang melakukan kerja memasak sempena Sambutan Aidildha di Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus, baru-baru ini.

Naib Canselor UniSZA, Datuk Profesor Dr Fadzli Adam berkata, pelajar terbabit terdiri daripada Indonesia, Pakistan, Nigeria, Jordan, dan Ghana dan pengalaman baharu itu semestinya memberi sesuatu yang baharu terutama pelajar yang baru tiba di negara ini.

Katanya, majlis anjuran pihak pengurusan Masjid Al Ansar dengan kerjasama Homestay Teluk Ketapang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan masyarakat setempat  itu turut disertai sekumpulan Muslim Singapura yang melakukan ibadah korban di negeri ini.

NC umt
Naib Canselor UniSZA, Datuk Profesor Dr Fadzli Adam. Foto:Bernama

“Pelajar antarabangsa terbabit  mengambil bahagian secara aktif dalam program tersebut  bermula dengan menunaikan solat berjemaah pada waktu pagi dan seterusnya membantu proses penyembelihan lembu korban terutamanya pelajar lelaki,”katanya.

Manakala, pelajar wanita turut membantu menyiapkan makanan tengah hari bersama masyarakat setempat.

Kongsinya, sepanjang program tersebut pelajar antarabangsa berjaya berkomunikasi dan bergaul dengan masyarakat setempat sekaligus memberi mereka sedikit pengalaman mengenai amalan masyarakat setempat dalam menyambut Aidiladha di Malaysia berbanding negara masing-masing. 

WhatsApp Image 2023 07 02 at 10.05.13 PM
Dua mahasiswa lelaki dari Pakistan tidak melepas peluang mengutip pengalaman baru untuk melapah daging korban anjuran pejabat International Centre, UniSZA

Menurut Dr Fadzli  dengan penglibatan pelajar antarabangsa ini, terdapat ikatan erat antara UniSZA dan komuniti setempat di mana kawasan sekitar universiti ini berleluasa dan sentiasa berhubung dengan universiti secara keseluruhannya.

Pelajar menghargai amat program ini sebagai satu yang bermakna dan sesuatu yang mereka hargai semasa mereka berada di negara ini kerana dapat melihat sendiri budaya hidup masyarakat Islam menyambut Aidiladha.

Diharapkan akan ada lebih banyak program atau lawatan yang akan dianjurkan melibatkan pelajar antarabangsa dan komuniti tempatan sekali gus memperkayakan pengetahuan mereka tentang Malaysia dan pada masa yang sama dapat meningkatkan penglihatan universiti dalam masyarakat. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 02 at 8.51.51 PM

36 pengunjung cemas menara berputar 110 meter ‘tergantung’

agong 1 1

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri selamat tiba ke tanah air, disambut orang kenamaan dan cucunda