in

Gencatan senjata masih dicabuli

20230515 073906
Antara bangunan musnah teruk sejak konflik bersenjata tercetus di Sudan - Gambar oleh Reuters

KHARTOUM, 15 Mei – Serangan udara dan pembedilan melanda beberapa bahagian di ibu negara Sudan hari ini tetapi ada tanda tentera bersedia untuk berundur dalam konflik yang kini mengorbankan ratusan orang, ketika rundingan gencatan senjata di Arab Saudi.

Khartoum dan bandar bersebelahan Bahri serta Omdurman menjadi sasaran utama tentera dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces mula berperang sebulan lalu.

Serangan berlaku di Bahri dan serangan udara melanda Omdurman awal hari ini, menurut seorang wartawan REUTERS.

Televisyen Al Arabiya melaporkan berlaku pertempuran sengit di tengah Khartoum.

“Terdapat serangan udara bertubi-tubi berhampiran kami di Saliha yang menggegarkan pintu rumah,” kata Salma Yassin, seorang guru di Omdurman.

Setakat ini, pertempuran itu sudah mengorbakna ratusan orang, manakala lebih 200,000 menjadi pelarian ke negara jiran serta 700,000 berpindah sehingga mencetuskan bencana kemanusiaan dan menjejaskan kestabilan rantau itu. – nasionalkini.my

tok wa

UMNO akan ditolak pengundi pada PRN dan PRU depan – Annuar Musa

20230515 081114

Pembangkang dahului kiraan undi pilihan raya Thailand