in

Tiket Coldplay : Buat aduan rasmi jika wujud penipuan

IMG 20230520 WA0010
Kumpulan Coldplay akan mengadakan konsert mereka di ibu negara pada November ini

KUALA LUMPUR, 20 Mei – “Jika wujud unsur penipuan dalam pembelian tiket konsert kumpulan muzik antarabangsa, Coldplay, buat aduan rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).”

Itu pesanan KPDN dalam kenyataan di sini hari ini susulan dakwaan terdapat pihak yag meraih keuntungan dengan menjual semula harga tiket tersebut sehingga RM43,000.

Kata kenyataan itu, mereka wajar membuat aduan rasmi kepada kementerian dengan mengemukakan bukti-bukti berkaitan.

“Ini untuk membolehkan siasatan dijalankan di bawah mana-mana akta yang dikuatkuasakan oleh KPDN atau lain-lain kementerian.

“Kementerian menyeru kepada semua peniaga supaya lebih beretika dalam urus niaga dan mengelakkan daripada melakukan kesalahan di bawah mana-mana undang-undang,” kata kenyataan itu.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegur pihak yang meraih keuntungan berlipat kali ganda daripada penjualan semula tiket konsert Coldplay.

Menerusi ciapan dalam akaun Twitter menteri itu, Fahmi berkata akan membangkitkan perkara berkenaan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Kata kenyataan itu, kementerian menasihati pengguna supaya membuat pembelian bijak dengan mendapatkan tiket daripada saluran jualan rasmi dan sah.

“Sebagai pelanggan, pengguna berhak memilih tiket pada harga bersesuaian dengan kemampuan dan penawaran harga berpatutan oleh peniaga,” katanya. – nasionalkini.my

IMG 20230520 WA0009

PN mahu YB ikhlas, bukan tempat selamatkan diri

20230508 005226

Tindakan tolak rayuan LYNAS dipengaruhi emosi