in

JKM Melaka guna kod QR mudahkan aduan

20230511 110159 scaled
Kalsom (tengah) menunjukkan kod QR Prih@tinJkmMelaka yang hanya perlu diimbas bagi menambah baik sistem perkhidmatan sedia ada.

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 11 Mei – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka menjadi JKM pertama di negara ini menawarkan perkhidmatan kod QR Prih@tinJkmMelaka bagi menambah baik sistem perkhidmatan sedia ada.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, inisiatif itu juga membolehkan masyarakat menyalurkan aduan mendapatkan maklum balas berkaitan perkhidmatan JKM dengan cepat dan efisien.

“Orang ramai kini boleh membuat aduan dan memberikan sebarang maklumat berkaitan penderaan kanak-kanak, warga emas yang hidup terbiar, anak yatim, semakan status orang kurang upaya (OKU), bantuan kewangan dan sebagainya.

“Sebarang masalah yang dibuat secara atas talian juga dijamin akan diselesaikan dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja malah, JKM Melaka juga menjadi JKM pertama di negara ini melancarkan kod QR menggunakan perkhidmatan dalam talian,” katanya selepas melancarkan Kod QR Prih@tinJkmMelaka di pejabat JKM negeri, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Kalsom berkata, disebalik kecanggihan teknologi kod QR, JKM masih mengekalkan aduan kaedah konvensional sedia ada menggunakan talian telefon atau secara bersemuka.

“Kita tidak mahu apabila ada teknologi canggih digunakan, kaedah lama terus dihentikan sedangkan masih ada kumpulan veteran yang tentunya memerlukan sedikit masa peralihan kepada kaedah moden.

“Penggunaan kod QR ini juga lebih mudah kerana orang ramai hanya perlu mengisi butiran serta masalah yang hendak dikemukakan,” katanya. – nasionalkini.my

IMG 20230507 WA0010

Tak perlu tandatangan wakil rakyat untuk mohon biasiswa Pahang

cuaca 2 2

Pembenihan awan jika ada keperluan