in , ,

Konsert Coldplay November ini, PM ucap selamat datang

anwar coldpaly

KUALA LUMPUR 9 Mei – Konsert sulung kumpulan muzik popular dunia Coldplay di Malaysia akan diadakan pada 22 November nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ia pastinya ditunggu-tunggu oleh peminatnya yang tidak sabar menanti kehadiran kumpulan muzik itu dan akan berebut untuk membeli tiket mereka.

Kumpulan Coldplay yang dibarisi Chris Martin, Johny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion itu terkenal dengan lagu cukup popular mereka seperti Fix You, Viva La Vida dan sebagainya.

coldplay
Konsert Coldplay November ini, PM ucap selamat datang 5

Konsert anjuran PR Worldwide dengan kerjasama Live Nation tersebut akan berlangsung November ini dengan tiket akan mula dijual pada 17 Mei depan bermula pukul 10 pagi di www.livenation.my.

Selain di ibu kota, Coldplay dijangka beraksi di Tokyo, Kaohsiung, Jakarta dan Perth pada November.

Bagaimanapun, yang mencuri tumpuan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat datang kepada kumpulan muzik berkenaan.

WhatsApp Image 2023 05 09 at 10.38.48 PM
Konsert Coldplay anjuran PR Worldwide dengan kerjasama Live Nation tersebut akan berlangsung November ini

“Selamat Datang ke Kuala Lumpur,” ciapnya ringkas menerusi Twitter.

Ciapan berkenaan setakat artikel ini ditulis mendapat ulangkicau melebihi 17,000 dan tanda suka hampir 32,000 dengan rata-ratanya memberikan komen positif dan teruja menantikan persembahan kumpulan popular itu.

ANWAR IBRAHIM 1.jpg 1 1
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan selamat datang kepada kumpulan terkenal itu

Menurut @ManiamMKM, pengajuran konsert berkenaan di negara ini bukan sahaja memberi peluang untuk peminat menyaksian sendiri tetapi turut merancakkan lagi industri pelancongan di negara ini.

“Great move to make KL an international destination to these famed music grps! Cheapest destination for those in Asia region given fav forex, cheap hotels n FnB!
@TourismMalaysia.” ujarnya.

Manakala bagi @The5H5615, ciapan berkenaan turut mencerminkan sisi lain seorang Perdana Menteri.

“Wowww!!! Sempoi lah PM!! Cengginih 👍👍👍 Hrp2 tiket harga marhaen.” katanya. – nasionalkini.my.

WhatsApp Image 2023 05 09 at 9.24.19 PM

Malaysia Madani tekad main peranan signifikan dalam ASEAN – PM

ustazah 1

Ustazah Asma’ Harun bekerjasama dengan Muslim Care Malaysia jayakan misi bantuan ke Syria, Turkiye