in

PN mahu YB ikhlas, bukan tempat selamatkan diri

IMG 20230520 WA0009
Pengerusi PN Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub

Oleh Yusuf Shafie

JASIN, 20 Mei – Perikatan Nasional (PN) yang memenangi tiga daripada enam kerusi Parlimen di Melaka bukanlah parti yang dapat memberikan jawatan kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) negeri sekiranya berhajat menyertai parti itu.

Pengerusi PN Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub sebaliknya berkata, parti pembangkang di Melaka itu memerlukan seorang wakil rakyat yang benar-benar ikhlas menyertai mereka untuk membantu rakyat.

“Kita nak YB (Yang Berhormat) atau wakil rakyat yang betul-betul sincere dengan PN, bukan sekadar nak cari tempat untuk menyelamatkan diri.

“Jadi kita nak cari orang yang betul-betul sincere,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PN Melaka di sini malam tadi.

Hadir sama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Jasin merangkap Pesuruhjaya Pas Negeri, Zulkifli Ismail dan Ahli Parlimen Tangga Batu, Bakri Jamaluddin.

Turut sama adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis daripada BN yang ditempatkan di meja kenamaan bersama pemimpin Bersatu dan PAS yang lain.

Dr Mohd Yadzil yang juga ADUN Bemban berkata demikian ketika diminta mengulas desas desus mengatakan Jailani sedang mengintai peluang menyertai PN.

“… kita akan ada sesi perbincangan dan kita serah keputusan itu kepada pimpinan pusat untuk tentukan kerana saya hanya orang (pemimpin) di bawah.

“Jadi saya serah pada pimpinan pusat untuk menilai dan kalau dia (Jailani) beri keuntungan kepada PN terutamanya rakyat, saya rasa tiada masalah,” katanya.

Jailani yang juga bekas Exco Melaka ketika pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri sebelum ini tidak dicalonkan semula menjadi Exco selepas Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 pada 31 Mac lalu.

Media sebelum ini melaporkan, Jailani menyifatkan pelantikan Ab Rauf itu sebagai satu tindakan mungkir janji manifesto UMNO/BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021. – nasionalkini.my

20230520 092026

Kedah ‘ajar’ Kelantan main bola

IMG 20230520 WA0010

Tiket Coldplay : Buat aduan rasmi jika wujud penipuan