in

Telegram beri kerjasama patuh undang-undang Malaysia

355025511 817099436446662 4135257101035760101 n
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mempengerusikan mesyuarat bersama wakil Telegram yang turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani di Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman.

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Telegram hari ini memberi komitmen dan bersedia menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengekang isu keselamatan siber di platform berkenaan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, dalam mesyuarat selama satu jam bersama wakil Telegram hari ini, beliau menegaskan terlalu banyak kes jenayah seperti penipuan pelaburan palsu, pedofilia, pornografi dan jenayah dalam talian lain berlaku di platform media sosial itu.

“Mesyuarat tersebut berlangsung di Ibu Pejabat PDRM di Bukit Aman, yang turut disertai Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengerusi SKMM, Tan Sri Salim Fateh Din serta pegawai-pegawai tertinggi PDRM.

“Kami juga telah menyampaikan pandangan tegas berhubung peri penting pihak Telegram dan mana-mana aplikasi pemesejan atau media sosial untuk sentiasa akur dan patuh kepada undang-undang Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata sejak Januari 2020 hingga Mei tahun ini, jumlah kerugian yang ditanggung oleh rakyat Malaysia akibat pelbagai aktiviti penipuan menerusi Telegram mencecah RM45 juta.

Sehubungan itu, tegasnya kerajaan tidak akan berdiam diri dan membenarkan penjenayah berselindung di sebalik identiti palsu. – nasionalkini.my

IMG 20230619 WA0026

MB Johor bantu penunggang motosikal kemalangan

WhatsApp Image 2023 06 19 at 6.23.01 PM

Besut perlu jadi banteng kemaraan UMNO dalam PRN