in

Iraq tarik balik sekatan Telegram

Gambar oleh AFP

BAGHDAD, 13 Ogos – Akses kepada Telegram yang disekat Kerajaan Iraq pada 6 Ogos lalu, dibuka semula mulai hari ini, menurut Kementerian Komunikasi, semalam.

Sekatan berkenaan ditarik balik atas arahan Perdana Menteri Iraq, Mohammad Shiya al-Sudani, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyataan kementerian itu.

“Larangan itu ditarik balik selepas syarikat pemilik aplikasi terbabit bersetuju dengan permintaan pihak berkuasa keselamatan untuk mengenal pasti pihak yang membocorkan data rakyat,” menurut kenyataan itu.

Katanya, Iraq tidak menentang kebebasan bersuara, namun komitmen syarikat aplikasi media sosial untuk menghormati undang-undang dan keselamatan negara serta data pengguna, adalah penting.

Pada 6 Ogos lalu, Kementerian Komunikasi menyekat akses kepada Telegram ‘atas permintaan pihak berkuasa peringkat tinggi Iraq, untuk mencegah kebocoran dokumen peribadi milik negara serta melindungi data peribadi rakyat.’

Pejuang Syiah sokongan Iran yang aktif menggunakan platform media sosial itu di Iraq, mendakwa sekatan berkenaan dibuat atas arahan Amerika Syarikat (AS).- nasionalkini.my

27hmdzi1a 1690461112

BN hormati keputusan rakyat Kedah

2305226

Polis rampas motosikal dalam Op Samseng Jalanan