in ,

Besut perlu jadi banteng kemaraan UMNO dalam PRN

WhatsApp Image 2023 06 19 at 6.23.01 PM
Ahmad (tengah) bersama kepemimpin BN Terengganu ketika hadir melancarkan Jentera BN PRN Parlimen Besut


Oleh: Mohammad Ishak


JERTIH,19 Jun – Pengundi di kawasan Parlimen Besut perlu menjadi banteng bagi menjamin kemenangan mutlak Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said berkata, kemenangan BN pada PRN tahun ini amat penting bagi memastikan projek-projek pembangunan untuk rakyat yang terbantut selepas kerajaan negeri diterajui PAS pada PRU14 dapat dilaksanakan semula.

WhatsApp Image 2023 06 19 at 6.24.07 PM
Semangat Gelombang Biru yang ditunjukkan oleh Jentera BN Parlimen Besut yang hadir sempena pelancaran Jentera BN


Katanya, Parlimen Besut sebelum ini menjadi kubu kuat BN pada setiap kali PRU tetapi pada PRU14 keadaan agak berubah apabila hanya memenangi tiga kerusi daripada empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).


Kawasan yang dimenangi BN termasuklah DUN Jertih, Hulu Besut, Kuala Besut manakala DUN Kota Putera BN gagal mempertahankanya apabila dimenangai calon dari PAS.


“Bagaimanapun, keadaan sudah berbeza sekarang apabila melihat mood pengundi yang mula menyedari kesilapan mereka memilih PAS,” katanya ketika melancarkan Jentera PRN Parlimen Besut, di sini malam semalam.


Kira-kira 2,000 jentera BN dari seluruh kawasan Parlimen Besut menghadiri pelancaran jentera yang ke enam membabitkan kawasan parlimen di Terengganu.


Ahmad berkata, jika BN berkuasa semula kerajaan negeri akan melaksanakan semula pengagihan e-book secara percuma kepada pelajar sekolah rendah di seluruh negeri itu yang sebelum ini pernah dilakukan oleh kerajaan BN di bawah pimpinan beliau ketika menjadi Menteri Besar pada 2008.


Selain itu,katanya lebuh raya persisiran pantai dari Kuala Terengganu ke Besut yang sudah dirancang pada 2014 juga akan turut dilaksanakan bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang sering dihadapi pengguna jalan raya yang menggunakan laluan pantai. – nasionalkini.my

355025511 817099436446662 4135257101035760101 n

Telegram beri kerjasama patuh undang-undang Malaysia

WhatsApp Image 2023 06 19 at 7.19.51 PM 1

Kerja-kerja pembaikan Jalan Senai Underpass selesai, dibuka Jumaat ini