in

Tahniah SP Setia, Sime Darby dan KSWP – Agong

354256241 797984141776989 3505791482935330784 n

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada konsortium SP Setia, Sime Darby Property dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atas kejayaan dinobatkan sebagai Developer of the Year (Commercial Property) di Property Awards 2023 anjuran Property Week di Grosvenor House, London, United Kingdom semalam.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook berkata, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan itu yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Ianya turut membuktikan sekali lagi bahawa syarikat-syarikat Malaysia bukan sahaja mampu berdaya maju, malah berdaya saing di peringkat antarabangsa.

“Kejayaan konsortium SP Setia, Sime Darby Property dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja itu melibatkan pembangunan hartanah ikonik Stesen Jana Kuasa Battersea di Central London,” menurut kenyataan itu.

Menurut hantaran itu lagi, dengan nilai pembangunan kasar sebanyak sembilan bilion pound, ianya merupakan pelaburan terbesar Malaysia di United Kingdom.

Ianya merupakan pembentukan destinasi guna bercampur yang menawarkan komuniti kediaman, kedai, restoran, pejabat, budaya dan tempat riadah serta 7.689 hektar ruang awam, semua perkhidmatan dihubungkan dengan sambungan ke laluan London Underground Northern.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, diiringi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, telah berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian projek hartanah ikonik tersebut di London pada 12 Oktober 2022. – nasionalkini.my

IMG 20230516 WA0001

RM13.93 bilion diperlukan untuk projek rakyat Melaka

WhatsApp Image 2023 06 15 at 2.41.36 PM

Didakwa ‘cangkul’ ibu saudara kerana tanah