KUALA LUMPUR, 16 Jun – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dijadual berangkat menunaikan ibadah haji, minggu depan.
Memetik catatan Facebook Selangor Royal Office, majlis doa selamat sempena keberangkatan baginda berdua ke tanah suci telah diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.
Turut berangkat ke majlis berkenaan, anakandanya Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
Majlis yang diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Orang-Orang Besar Istana dan Ahli Dewan di-Raja Selangor. – nasionalkini.my