in

47 asnaf kariah Jengka 1 terima sumbangan

IMG 20240331 005209 800 x 500 pixel
Datuk Jasri Jamaludin

MARAN, 30 Mac – Seramai 47 asnaf dalam kariah FELDA Jengka 1, dekat sini, menerima sumbangan hari ini.

Sumbangan disampaikan ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin di Masjid FELDA Jengka 1, sempena majlis berbuka puasa dan solat tarawih di masjid berkenaan.

Gambar ihsan Pejabat ADUN Kuala Sentul

“Alhamdulillah, seramai 47 kariah asnaf masjid menerima sumbangan zakat.

“Dapat juga santuni kanak-kanak yang berbuka puasa di masjid hari ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dia berharap sedikit sumbangan itu dapat menceriakan mereka untuk menyambut lebaran kali ini.– nasionalkini.my

IMG 20240330 115159 800 x 500 pixel

Larangan guna simbol, nama Islam dalam produk non muslim

IMG 20240331 013842 800 x 500 pixel

PKR Indera Mahkota anjur majlis buka puasa