in

Astaka Padang Jengka 2 siap dua minggu lagi

IMG 20240702 095017 800 x 500 pixel
Gambar ihsan Pejabat ADUN Kuala Sentul

MARAN, 2 Julai – Selepas hampir 10 tahun tidak diselenggara, Astaka Padang Jengka 2, dekat sini akan menerima ‘nafas baru’ hasil usaha ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin.

Jasri berkata, kerja naik taraf astaka itu sedang giat dilakukan kontraktor bertanggungjawab.

“Insya-Allah… dalam masa dua minggu lagi semua kerja naik taraf akan siap,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam perkongsian sama, Jasri turut meraikan aktiviti golongan belia dan generasi muda di kawasan Jengka 2.

Dia sempat meluangkan masa menonton kejohanan bola sepak 9-sebelah dianjurkan anak muda di situ.

Sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan dan pasukan Jengka FC muncul johan. – nasionalkini.my

IMG 20240701 113351 800 x 500 pixel 1

Sambutan luar biasa Pesta Chang, Aidiladha MACMA Pahang

IMG 20240705 171326 800 x 500 pixel

Sang Riang terus terima penghargaan