KUANTAN, 10 Jun – Semua ahli koperasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Wilayah Timur bakal menerima dividen antara 1.5 peratus hingga 10 peratus.
Pengagihan dividen itu dibuat berdasarkan modal syer dan modal yuran ahli.
Pengumuman mengenai jumlah dividen itu dibuat ketika mesyuarat kali ke-48 koperasi itu yang diadakan di sebuah hotel dekat Indera Mahkota, hari ini.
Mesyuarat dirasmikan Pengurus Besar TNB Pahang, Datuk Baderul Sham Saad.
Seramai 314 daripada 578 ahli koperasi dari Kelantan, Terengganu dan Pahang hadir pada mesyuarat berkenaan. – nasionalkini.my