in

Malaysia Madani-Jiwa Merdeka kekal tema hari Kebangsaan

Gambar hiasan

PUTRAJAYA, 5 Jun – Logo Malaysia Madani dipilih sebagai logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 untuk tahun keduanya berturut-turut.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, keputusan penggunaan semula logo itu dibuat mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Malaysia MADANI – Jiwa Merdeka pula dipilih sebagai tema sambutan HKHM 2024. ‘Malaysia MADANI’ tunjang kemakmuran dan kemajuan negara melalui dukungan enam nilai teras utama.

“Sementara ‘Jiwa Merdeka’ menzahirkan kebebasan rakyat daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotik melalui aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif,” katanya menurut laporan BH Online.

Dia berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengumuman Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 di Putrajaya, hari ini.

Bagi memenuhi takwim sambutan, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 akan diadakan pada 13 Julai ini. – nasionalkini.my

Isteri pemimpin PKR Indera Mahkota meninggal dunia

Harimau Malaya bukan lawan mudah