PEKAN, 12 Januari – Seramai 13 ketua isi rumah (KIR) yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Semai Bakti FELDA Chini 1, dekat sini menerima sumbangan daripada kumpulan Yakin Pahang (YP) daerah Pekan.
Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Kumpulan YP, Datuk Kamaruddin Bakar semalam.
Turut hadir Superintendan (B) Mohd Razli Mohd Yusof.
Antara barangan sumbangan diberikan kepada KIR di situ adalah lampin pakai buang, selimut dan barangan keperluan asas lain.
Turut disampaikan adalah sumbangan wang tunai kepada KIR terbabit.
PPS itu mula dibuka malam Sabtu lalu susulan hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan. — nasionalkini.my