KUANTAN, 18 Mei – Tragedi serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, awal pagi Jumaat memang menggemparkan negara.
Tiga termasuk dua anggota polis terkorban dalam insiden itu.
Seorang daripadanya adalah Allahyarham Muhamad Syafiq Ahmad Said yang berasal dari Kuantan, Pahang.
Keluarga Allahyarham Muhamad Syafiq menetap di Taman Mahkota Jaya, dekat Gambang.
Pagi tadi, ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus meluangkan masa menyantuni keluarga Allahyarham dan bertemu dengan bapa Muhamad Syafiq, Ahmad Said Md Piah.
Dalam kunjungan itu, Mohd Yazid menyampaikan ucapan takziah daripada warga Lepar serta Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – nasionalkini.my