in

Ikan patin tempoyak di Paya Rambutan

IMG 20240404 232431 800 x 500 pixel
Mohd Yazid Mohd Yunus

KUANTAN, 4 April – Hidangan ikan patin tempoyak menjadi pembuka selera majlis iftar anjuran Masjid Al Jannah, dekat Paya Rambutan semalam.

Perkara itu dikongsi ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus melalui hantaran di laman sosial Facebook miliknya.

“Semalam giliran saya ke Masjid Al Jannah, Paya Rambutan.

“Iftar bersama penduduk tempatan dan seterusnya solat tarawih.

Gambar ihsan Pejabat ADUN Lepar

“Banyak juadah dihidangkan, termasuk ikan patin.

“Alhamdulillah sedap yang amat,” katanya.

Mohd Yazid yang juga ketua BERSATU Paya Besar berkata, program menyantuni penduduk dalam kawasan DUN Lepar akan diteruskan hingga menjelang Syawal.– nasionalkini.my

IMG 20240404 005444 800 x 500 pixel

CMK dakwa pernah jadi ‘mangsa’ PAS

IMG 20240405 164249 800 x 500 pixel

Moreh istimewa di Tunas Mahkota