in

Ziarah Kasih di Seri Fajar

IMG 20240709 080403 800 x 500 pixel
Gambar ihsan Pejabat ADUN Lepar

KUANTAN, 9 Julai – Program Ziarah Kasih pejabat ADUN Lepar diteruskan di sekitar Kampung Seri Fajar, Jalan Kuantan – Gambang, semalam.

ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus menyantuni tiga keluarga yang berdepan kesulitan selain ziarah kematian di kampung berkenaan.

Antara kediaman yang dikunjungi Mohd Yazid bersama petugas Perikatan Nasional Pahang adalah pasangan suami isteri yang uzur, En Wan Taib @ Pak Engku, 86 tahun dan isterinya, Mak Engku 83 tahun.

Gambar ihsan Pejabat ADUN Lepar

“Mak Engku masih cergas dan masih suka ke dapur dan masak sendiri hidangan untuk keluarga selain suka membuat kuih muih.

“Marilah kita doakan semoga suami isteri ini beroleh kesihatan dan cergas sentiasa,” kongsi Mohd Yazid di Facebook.

Selepas itu, Mohd Yazid singgah di kediaman tuan Abdullah dan sempat berbual sebentar mengenai keadaan kesihatannya.

Sebelah petang pula, Mohd Yazid menziarahi keluarga arwah tuan Yahya yang meninggal dunia minggu lalu di Taman Mahkota Jaya. – nasionalkini.my

IMG 20240708 164157 800 x 500 pixel

Jangan biarkan MAHB terima nasib seperti PROTON

IMG 20230724 084639 800 x 500 pixel

Keputusan rayuan Muhyiddin bulan depan