KUANTAN, 18 Disember – Peluang berkhidmat sebagai wakil rakyat digunakan sebaik mungkin untuk menyantuni penduduk, terutamanya yang berdepan masalah kesihatan.
Itu adalah antara rutin ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin apabila berada di kawasan diwakilinya.
Jumaat lalu, beliau bersama rombongan dari pusat khidmat masyarakat DUN Kuala Sentul meluangkan masa di FELDA Jengka 3.
“Hari ini kita menziarahi peneroka Jengka 3, encik Saidin Ibrahim yang menghidap penyakit Alzheimer dan angin ahmar atau stroke.
“Dia (Saidin) juga baru kehilangan isteri pada 11 Disember lalu.
“Buat masa ini, encik Saidin dijaga oleh anak dan menantunya kerana dia sudah tak mampu menguruskan diri sendiri.
“Kami mendoakan agar dia segera sembuh seperti sedia kala,” katanya melalui satu hantaran di laman sosial Facebook.
Selain bertanya khabar, Jasri dan rombongan turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga Saidin bagi meringankan bebanan mereka.
Katanya, walaupun wakil rakyat pembangkang dinafikan peruntukan oleh kerajaan Pahang, namun ia tidak menjejaskan gerak kerja dalam membantu rakyat memerlukan di kawasan yang diwakili. — nasionalkini.my